Translate

Saturday 19 January 2013

Bagaimana penyakit ikan disebarkan




Memahami bagaimana penyakit ikan disebarkan dapat membantu mengenal pasti langkah-langkah biosekuriti yang
sewajarnya. Penyakit ikan boleh merebak melalui sentuhan langsung, sumber air, fomit, pengingesan (oral) dan vektor.
Bukan semua patogen disebarkan melalui semua laluan; sesetengahnya mungkin disebarkan melalui berbilang laluan.
Fomit
Fomit adalah objek yang boleh memindahkan patogen
di antara kawasan pemeliharaan atau tapak
pengeluaran. Objek tersebut menjadi tercemar selepas
sentuhan dengan ikan yang dijangkiti atau sumber air
tercemar. Contohnya termasuklah peralatan seperti
jaring, baldi, hos sifon, kasut, pakaian atau kenderaan
tercemar (termasuklah tayar).
Sumber Air
Sentuhan
Sentuhan merupakan satu daripada punca
penyebaran penyakit dalam akuakultur. Ini
melibatkan pemindahan agen penyebab penyakit
melalui sentuhan langsung dengan ikan yang
dijangkiti. Kemasukan mungkin berlaku melalui
kulit, luka terbuka, membran mukus atau insang.


Sumber Air
Sumber air boleh memindahkan organisma penyebab
penyakit. Pencemaran berlaku akibat najis ikan, bendalir
pembiakan dan mukus ikan yang berpenyakit. Pergerakan
air tercemar semasa mengangkut ikan boleh merebakkan
patogen ke lokasi baru. Beberapa patogen ikan (iaitu,
Ichthyophthirius multifilis, Ich) telah diketahui boleh merebak
melalui aerosol, semburan atau percikan di antara tangki,
walaupun ini agak jarang berlaku dan biasanya memerlukan
sumber-sumber yang terletak di dalam jarak yang
berdekatan.
Vektor
Vektor adalah binatang, seperti ikan dan burung
pemangsa ikan yang boleh merebakkan patogen.
Haiwan ini boleh memindahkan penyakit ikan di antara
lokasi dengan membawa patogen pada badan atau kaki
atau dengan membuang ikan atau bahagian ikan di
lokasi lain. Roden dan ikan mungkin membawa
sesetengah patogen ikan di dalam najis atau air
kencingnya, mencemari persekitaran atau makanan
ikan. Orang juga boleh menjadi vektor, memindahkan
patogen kepada ikan semasa pengendalian
(cthnya., tangan).
Zoonotic
Walaupun bukan penyebab penyebaran penyakit kepada
ikan, zoonotic adalah punca penyakit ikan yang boleh
merebak kepada manusia, menyebabkan penyakit.
Contohnya termasuklah sebilangan organisma bakteria
seperti Mikobakterium, Erisipelotriks, Klebsiella,
Edwardsiella. Langkah-langkah biosekuriti mestilah juga menangani sebarang risiko zoonotic terhadap diri anda dan
para pekerja anda dan juga risiko terhadap stok ikan anda.


Oral
Organisma penyakit boleh disebarkan secara oral
melalui pengambilan makanan yang tercemar, ikan
hidup atau sejuk beku yang dijangkiti atau
kanibalisme terhadap ikan yang sudah mati atau
hampir mati dari unit yang sama. Air yang tercemar
dengan produk sisa ini daripada ikan yang dijangkiti
juga boleh menjadi laluan penyebaran penyakit