Translate

Sunday 17 November 2013

Aquafair 2013 @ MITC Melaka



Selepas tiga siri pe­nganjurannya menampakkan kejayaan, Jabatan Perikanan sekali lagi menganjurkan pameran dan seminar ikan hiasan Aquafair Malaysia 2013 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari 21 hingga 24 November ini.

Ia membabitkan pe­nyertaan lebih 130 syarikat tempatan dan asing, selain 80 peratus ruangan dikhaskan untuk penternak ikan hiasan tempatan. 


Lebih 20,000 pelawat dijangka mengunjungi pameran itu kerana diadakan sempena cuti persekolahan. 

Bayaran masuk dikenakan juga berpatutan iaitu RM3 untuk orang dewasa manakala bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun adalah percuma.


Antara acara yang mencuri tumpuan termasuk pelancaran teknologi pengesanan DNA atau ‘DNA Marker’ untuk mengenal pasti jenis dan kualiti ikan arowana, teknologi yang pertama kali digunakan di dunia.


Terdahulu, Majlis Prapelancaran Aquafair Malaysia 2013 disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman di Hotel IOI Marriott, Putrajaya, baru-baru ini. 

Hadir sama, Ketua Pe­ngarah Perikanan, Datuk Ahmad Sabki Mahmood. 

Kerajaan Melaka, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Tourism Malaysia, North Malaysia Arowana Farmers Association (NMAFA) dan Persatuan Ikan Discus Malaysia, Kelab Gapi Malaysia antara penaja pameran itu. 

Ahmad Sabki berkata, penganjuran pameran berkenaan untuk meningkat­kan reputasi Malaysia sebagai satu pengeluar utama ikan hiasan di dunia. 

“Kejayaan besar dalam tiga program penganjuran pada 2006, 2008 dan 2010 memberi inspirasi kepada kami mempromosikan pertumbuhan mampan industri ikan hiasan tempatan,” katanya. 

Sementara itu, Tajuddin berkata, pameran ikan hiasan bertaraf antarabangsa itu menarik penyertaan peserta luar merangkumi Singapura, Thailand, Jerman, China dan Taiwan. 

“Malaysia sudah maju dalam industri ikan hiasan dan mencapai taraf nombor lima di peringkat dunia dengan nilai eksport RM65 juta,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Tentatif sepanjang AQUAFAIR MALAYSIA 2013

21 November 2013 (Thursday)

Opening ceremony (10.00am-12.00pm)
Exhibition - trade visitor (10.00am-8.00pm)
Ornamental fish competition judging (9.00am-5.00pm)
Ornamental fish trade & technical seminar (2.00pm-6.00pm) 

22 November 2013 (Friday)
Exhibition - public visitor (10.00am-10.00pm)
Ornamental fish competition public viewing (10.00am-10.00pm)
Seminar on promoting arowana registration in Malaysia (8.00am-12.00pm)
Betta fish colouring contest (10.00am-12.00pm)
Betta fish photography competition (10.00pm-12.00pm)
Betta fish colouring prize giving presentation (3.00pm-4.00pm)
Betta fish photography prize giving presentation (3.00pm-4.00pm)
Fish scooping for kids (10.00am-10.00pm) 

23 November 2013 (Saturday)
Exhibition - public visitor (10.00am-10.00pm)
Ornamental fish competition public viewing (10.00am-10.00pm)
Betta fish talk (10.00am-12.00am)
Ornamental fish competition prize giving presentation (2.00pm-5.00pm)
Fish scooping for kids (10.00am-10.00pm)

24 November 2013 (Sunday)
Exhibition - public visitor (10.00am-9.00pm)
Ornamental fish competition public viewing (10.00am-6.00pm)
Arowana talk (10.00am-12.00am)
Betta fish charity auction (10.00am- 5.00pm)
Arowana bidding auction (2.00pm-6.00pm)
Fish scooping for kids (10.00am-9.00pm)