Translate

Saturday 7 July 2012

Ciri-ciri Arowana Spesis Red

Arowana Merah terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Merah Cili (Chili Red) dan Arowana Merah Darah (Blood Red). Kedua-dua sub-variasi ini digelar oleh para pengekspot/pengimpot sebagai Arowana Super Red setelah melampaui proses pengkacukan (hibridisasi) bersama.


Chili Red Arowana



Chili Red

Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh kelihatan agak melebar dan berkepala agak mengecil. Manakala konfigurasi dari bahagian badan ke bahagian kepala kelihatan agak melandai/melengkung. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal berwarna merah garang sementara ekornya berbentuk agak dempak/lebar serta berbentuk menajam di bahagian hujungnya.

Warna sesisik » Merah saga pegun (Chilli Red matang/dewasa) haruslah meliputi dari sektor tebing sesisik (bingkai sisik) hingga ke bahagian kedua-dua permukaan sektor pipi (tompokan merah di kedua-dua belah sektor pipi). Manakala warna seakan-akan kehijau-hijauan tua agak kelihatan pada permukaan sektor teras sesisiknya tanpa imbasan kilauan (tidak seperti Kategori Arowana Emas). Kedua-dua bebola matanya berwarna agak kekuning-merahan serta berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya hijau tua-kecoklatan.



 Video Chili Red Arowana

 Chili Red Arowana


Blood Red

Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh agak gempal serta kelihatan memanjang dan langsing. Manakala konfigurasi dari bahagian badan ke bahagian kepala kelihatan agak meruncing/menirus dan bersaiz normal. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal adalah berwarna merah pekat sementara ekornya berbentuk melebar dan membulat di bahagian hujungnya (berbanding Chilli Red - konfigurasinya agak menajam di hujung ekornya).

Warna sesisik » Merah pekat pegun (Blood Red matang) akan meliputi dari sektor tebing sesisik (bingkai sisik) hingga ke bahagian kedua-dua permukaan sektor pipi (sama keadaannya dengan Chilli Red). Manakala warna seakan kebiru-biru tua agak kelihatan pada permukaan sektor teras sesisiknya tanpa imbasan kilauan (warna pegun - tidak seperti Kategori Arowana Emas). Kedua-dua bebola matanya berwarna agak kuning-kemerahan serta berukurlilit agak mengecil jika dibandingkan dengan Chilli Red), manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak juga lazimnya hijau tua-kecoklatan.


Chili Red Arowana


Video Chili Red Arowana

Nasihat saya sebelum anda ingin membeli jenis red...perlulah berhati-hati...timba sebanyak ilmu yang boleh sebelum membeli....banyakkan bertanya pada yang arif tentang dunia Arowana...jangan sampai ikan yang dibeli jadi TOMATO RED...

No comments:

Post a Comment