Translate

Monday 24 June 2013

Mengenal Jantina Arowana

Mengenal jantina Arowana


Ikan Jantan

~ Lidah lebih pendek
~ Badan memanjang dan langsing
~ Kepala dan mulut yang besar dan dagunya lembut dan ada belahan
~ Warna yang lebih menyerlah dari ikan betina
~ Lebih agresif dalam persaingan mendapatkan makanan




Ikan Betina

~ Lidah lebih panjang
~ Badan lebih pendek dan lebar
~ Kepala dan mulut yang kecil
~ Warna kebiasannya pudar berbanding ikan jantan
~ Kurang agresif berbanding ikan jantan dalam persaingan mendapatkan makanan




PERLU DIINGAT!!!!

 Peratus ketepatan menentukan jantina ikan secara manual ialah pada panjang atau pendek lidahnya dan kebiasaannya para penghobi yang memelihara ikan dlm jumlah yang kecil akan memilih ikan jantan kerana ia kelihatan lebih cantik berbanding betina,tetapi ikan betina lebih berharga kerana lebih diperlukan utk pembiakan...
Kepentingan mengetahui jantina ikan ini amat penting kerana ikan betina lebih bernilai daripada ikan jantan. Ikan betina dapat menghasilkan anak yg sangat banyak jika pembiakan itu Berjaya. Selain itu, pengenalan jantina secara individu juga penting bagi mengekalkan nisbah jantan dan betina untuk menghasilkan bilangan anak ikan yang mencukupi dan berkualiti. Kaedah biasa berpandukan kepada bentuk badan adalah kurang tepat dan tidak boleh dipraktikkan pada peringkat juvenil. Oleh itu, satu kaedah baharu melalui kaedah Biosensor Hormon sedang diusahakan menentukan jantina ikan arowana. Pada peringkat awal, kajian darah daripada ikan arowana diambil dan dianalisi kandungan hormone pembiakkan (17B estradiol (E2) dan 11-ketestosteron (11KT) untuk melihat kadar kepekatan hormone. Jika kepekatan hormone 11KT lebih tinggi berbanding E2 maka ikan tersebut adalah jantan dan sebaliknya. Teknologi Biosensor pengesahan jantina ikan arowana dibangunkan daripada hasil kajian hormone dalam plama darah dengan kerjasama UKM. Tempat atau acuan Biosensor ini dicipta untuk mengesan antibodi  atau pun kandungan kimia dalam hormone pembiakan ikan arowana tersebut. Walaupun kit Biosensor berjaya dihasilkan tetapi ia masih menjalani proses percubaan. Kit ini secara tidak langsung dapat membantu pengusaha ikan Arowana Emas menjalankan program pembiakan dan pemasaran.



2 comments: