Translate

Tuesday 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014







Dengan berjalannya waktu, setiap pengalaman dalam hidup adalah pelajaran, tapi cinta akan selalu menjadi kekuatan dalam perjalanan kehidupan...
Tiada kata yang seindah lantunan syair...
Tiada mutiara yang secantik bidadari....
Semoga hari ini lebih dari hari sebelumnya....
  kita buka lembar kisah baru..
Perginya yang tak akan kembali bersama kenangan....
 2014 menanti dengan penuh tanda tanya..
tahun ini menjadi guru utk tahun yang sedang  menanti...
Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak sentiasa mengubah perjalan hidup kita..
Selamat tahun baru 2014 daripada saya Adam Harris...

Thursday 26 December 2013

Selamat Tinggal 2013


Assalamualaikum kepada pengunjung blog ini....tinggal 5 hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2014. Sepanjang tahun 2013 ini bermacam kisah suka duka mewarnai industri arowana di malaysia ini...apa yg sy dapat lihat pelbagai usaha sedang giat dilakukan oleh sesetengah pihak utk menaikkan kembali kegemilangan arowana yg satu ketika dulu begitu gah dan terkenal dgn kemewahan dan nilai yg sangat tinggi...sy ucapkan tahniah walaupun usaha tersebut agak lambat dilakukan dan kesannya hanya dapat dilihat memakan satu jangka waktu yg agak panjang....
Disebalik usaha yg baik ini dibuat tetapi masih ada sesetengah pihak yg memandang mudah akan perkara ini terutama segelintir farm dan segelintir trader yg hanya mementingkan 'periuk nasi' sendiri tanpa memikirkan kesan yg akan berlaku kemudian hari yg kini telah pun terjejas...perkara yg paling memalukan bila mana kes2 penipuan arowana disiarkan didada2 akhabar sepanjang tahun ini melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit malah jutaan ringgit....mungkin itu segelintir yg diketengankan padahal ramai lagi diluar sana yg menjadi mangsa segelintir pihak yg tidak betanggungjawap mengambil kesempatan pada mereka yg tidak mahir dlm dunia arowana.....
Isu yg sering berlaku dan semakin menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini adalah kes penipuan melibatkan jual beli arowana dan sistem pawah.Sedikit saya nak ulas mengenai pembelian arowana terutama di mudah.com ... sangat banyak kes yg berlaku sebagai contoh jenis ikan yg di pesan lain tapi yg sampai  pada kita lain..ada juga duit telah dibayar tetapi ikan tidak sampai2...dan juga nilai harga yg dibeli tapi ikan yg sampai tidak mencapai spec jenis arowana tersebut....berhati2lah jika ingin membeli sebaik2nya datang dan lihat ikan tersebut,jika tidak mahir bawa kawan yg mahir dan berpengalaman utk bantu kita memilih ikan.
Satu lagi kes pembelian ikan yg bersaiz kecil terutama bersaiz selepas yolk bawah dari 3 inci...ini sangat bahaya..harus diingatkan saiz kecil selepas yolk adalah musthil utk kenal jenisnya dan perkara yg sering berlaku antara MG dan HB ... saya suka ingatkan anak arowana yg dari brooder yg cantik tak semuanya akan cantik dan sempurna...sebilangannya pasti tidak akan jadi seperti yg dibayangkan..sebagai contoh warna base biru tidak kuat atau rim yg agak tebal atau chu yang agak kasar atau gold colour yg pudar....
sebab itulah dinasihatkan beli yg bersaiz sebaiknya 6 inci dan keatas sebab saiz sedemikin kita dapat lihat potensi ikan tersebut...adalah lebih baik jika beli yg ikan telah tersedia dlm black tank kerana ciri2nya lebih jelas.......baru2 ini timbul isu Golden Head (GH) ...sy ingatkan ikan GH adalah ikan teknik yg terhasil dari kacukan dan melalui proses 'tanning' ....tiada istilah golden head bersaiz kecil...semua golden head paling minima terhasil bermula saiz 5 inci dan keatas...kebiasaannya ia sempurna pada saiz 8 inci dan keatas...
Mengenai sistem pawah saya tidak mahu ulas panjang lebar...cukup sy kata duit yg anda ada laburkan lah pada yg lebih bermanfaat atau simpan melainkan anda betul2 faham,jelas,mahir dlm pelaburan arowana.
sy ingin mengambil kesempatan akhir tahun ini ingin meminta maaf andai ada sy terkasar bahasa dlm memberi komen dan pandangan dlm group2 fb .... sama2 doakan semoga industri arowana tahun2 yg akan dtg lebih baik dari hari ini...InsyaAllah...