Translate

Sunday 30 December 2012

Cites



PERMIT CITES

Permit CITES hanya dikeluarkan oleh Ibu pejabat Jabatan Perikanan Malaysia di Putrajaya. Antara permit CITES yang dikeluarkan adalah permit export CITES, permit import CITES dan permit re-eksport CITES. Berikut merupakan syarat – syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon permit CITES.

~Permit eksport CITES hanya diberikan kepada ladang pembiakbakaan (arowana) yang mendapat    kelulusan dan nombor pendaftaran ladang dari Sekretariat CITES di Geneva. 
~Ladang tersebut perlu berdaftar sebagai ladang pembiakbakaan spesies terjadual di bawah Akta 686. 
~Ladang tersebut perlu berdaftar dengan Bahagian Biosekuriti Perikanan sebagai ladang/pengeksport untuk membolehkan ladang tersebut memohon Permit Ikan Hidup dan Sijil kesihatan apabila menjalankan aktiviti pengeksportan kelak.
~Bagi pemohon Permit Import CITES, pengimport perlu berdaftar dengan Bahagian Biosekuriti ~Perikanansebagai pengimport dan juga berdaftar sebagai pengeksport sekiranya menjalankan aktiviti re-eksport. 

PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT EKSPORT

~Bagi permohonan permit eksport pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011 
~Borang Perakuan No PIT – FC 02/11pin 2012 bagi ikan yang telah ditanda atau FC02/11Apin 2012 bagi ikan tidak ditanda yang telah disahkan oleh kakitangan dari Pejabat Perikanan Daerah/Negeri yang menjalankan pemeriksaan serta satu salinan ‘softcopy’.
~Satu salinan inbois

PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT IMPORT

~Bagi permohonan permit Import pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011
~Satu salinan permit eksport CITES yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Negara pengeksport.
~Satu salinan inbois

PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT RE-EKSPORT

~Bagi permohonan permit re-eksport pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011
~Satu salinan permit import CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia semasa permohonan import masuk.
~Borang pengesahan re-eksport FC 05/11bagi permohonan re-eksport ikan arowana atau Borang pengesahan re-eksport FC 06/11bagi permohonan re-eksport batu karang dll.
~Satu salinan inbois
~Semua maklumat tersebut dihantar melalui email ke alamat berikut cites@dof.gov.my . Setelah semua borang lengkap pemohon akan menerima notis pemberitahuan bahawa permohonan yang diterima telah lengkap, begitu juga jika sebaliknya. Sekiranya semua maklumat lengkap permit akan siap diproses dalam masa dua (2) hari bekerja.

Tuesday 25 December 2012

Chili Red













Update 2013 penghantaran Sabah dan Sarawak 
Chili Red siaz 4 inci ++ > rm1200 1 pcs > minimum 20 pcs
Chili Red saiz 4 inci ++ > rm1300 1 pcs > minimum 15 pcs
Chili Red saiz 4 inci ++ > rm1400 1 pcs > minimum 10 pcs 
Semua harga termasuk penghantaran..Semua ikan disertakan chip n cert .. di packing berasingan setiap seekor...semua ikan di hantar mengikut prosuder jabatan perikanan...harga boleh nego utk yg serius saja...tq 

Thursday 13 December 2012

Kisah Benar



KISAH BENAR


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya


tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. 


Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. 


Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. 


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. 


Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " 


Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." 


Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


Sumber : Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

Wednesday 12 December 2012

Malaysian Golden Blue Base 6' - 9'

















Update 2013 Penghantaran Sabah dan Sarawak 
MGBB siaz 6 inci ++ > rm800 1 pcs > minimum 20 pcs
MGBB saiz 6 inci ++ > rm950 1 pcs > minimum 15 pcs
MGBB saiz 6 inci ++ > rm1100 1 pcs > minimum 10 pcs
Semua harga termasuk penghantaran...Semua ikan disertakan chip n cert .. di packing berasingan setiap seekor...semua ikan di hantar mengikut prosuder jabatan perikanan...harga boleh "nego" utk yg serius saja...tq ..;)

Tuesday 20 November 2012

Red Arowana

Red Arowana

 Red Arowana 

Red Arowana

 Red Arowana

Red Arowana ( Kalimantan )