Translate

Thursday 29 August 2013

Sprinkler Kurangkan Kematian Benih Udang Galah




     
Sprinkler Kurangkan Kematian Benih Udang Galah    
     
PUSAT Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (PPPBUK) di Pulau Sayak, Kedah telah berjaya mencipta satu kaedah bagi mengurangkan kematian benih udang galah melalui penggunaan sprinkler dalam tangki pembenihan.

Inovasi yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencapai sasaran pengeluaran benih udang galah sebanyak 15,000 tan metrik tan pada 2010. Konsep inovasi ini ialah dengan memasang alat penyiram atau sprinkler di dalam tangki pembenihan di mana ia dapat meningkatkan peratus kemandirian benih udang galah semasa asuhan benih. Semburan oleh sprinkler akan mengelakkan benih udang dari melekat pada dinding tangki dan  seterusnya mengurangkan kematian benih. Teknik ini dapat meningkatkan pengeluaran benih udang galah dengan cara yang murah, mudah dipasang dan di selenggara serta mesra pengguna. Sistem ini juga boleh di aplikasi oleh golongan sasar dan mengurangkan kerugian akibat kematian benih.

Sebelum kaedah ini ditemui, larva pada peringkat X dan XI akan mula melompat di tepi dinding tangki ternakan dan seterusnya akan melekat dan mati.Sprinkler dapat mengurangkan kadar kematian larva pada kadar antara 20 peratus hingga 30 peratus. Secara keseluruhannya, kaedah ini memberi lebih keuntungan kepada pengusaha di samping dapat mengatasi masalah bekalan benih udang galah.

Dengan ini, sasaran pengeluaran udang galah sebanyak 15,000 tan metrik yang digariskan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga melalui pembangunan sektor akuakultur yang mampan dapat dicapai.


KERUGIAN YANG DIALAMI OLEH PENGUSAHA SEBELUM PENGGUNAAN SPRINKLER
Kerugian yang dialami oleh pengusaha sebelum penggunaan sprinkler

Bilangan rega : 400,000 ekor/tangki (satu pusingan pembenihan)
Kadar kematian : 80,000 - 120,000 rega x 0.06 sen/ekor
(20% - 30%) RM 4,800 - RM7,200/pusingan
RM 4,800 - RM7,200 x 5 pusingan/tahun
RM 24,000 - RM36,000 setahun

Jika ada 10 tangki/pusingan, kerugian ialah
: RM 24,000 - RM36,000/tahun x 10 tangki
: RM 240,000 - RM360,000 setahun
ANALISIS KOS

Set pam dan sprinkler : RM80/unit
Bilangan set/tangki : 5 unit
Kos/tangki : RM80/unit x 5 unit = RM400
Sebelum inovasi, kuantiti benih yang dihasilkan/pusingan (50% hidup) = 200,000/tangki (rekod tertinggi)

Nilai benih 200,000 x RM0.06 : RM12,000

Selepas inovasi, kuantiti benih yang dihasilkan/pusingan (70% hidup) = 280,000/tangki (data yang direkod)

Nilai benih 280,000 x RM0.06 : RM16,800

Peningkatan pendapatan = RM16,800 - RM12,000 = RM4,800

Jangka hayat set sprinkler 2 tahun (minimum)
Peningkatan pendapatan/pusingan/tangki = RM4,800
Peningkatan pendapatan/tahun/tangki = RM24,000
Jika 10 tangki digunakan = RM240,000
Modal set sprinkler/tangki = RM400
Jumlah kos pembelian sprinkler = RM400 x 10 tangki = RM4,000
% keuntungan pelaburan = RM240,000 x 100% = 6000% = RM4,000

Tuesday 6 August 2013


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini...di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pengunjung yang beragama Islam....di hari yg mulia ingin saya memohon maaf atas salah dan silap andai ada terkasar bahasa dan keterlanjuran kata....
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban