Translate

Friday, 27 September 2013

Senarai Harga 20.9.2013 - 30.12.2013






Senarai harga terbaru penghantaran ke Brunei,Thailand,Sabah dan Sarawak
Golden Head Full Helmet 100% (blue base/gold base)  : RM2800 1 pcs
Cross Back (blue base/gold base) : RM1000 1 pcs
 Malaysian Golden : RM1000 1pcs
Super Red : RM1500 1pcs
High Back : RM380
Jenis Silver minima tempahan 1000 pcs
Semua harga adalah termasuk kos penghantaran dan ikan adalah bersaiz 5-6 inci kecuali jenis Red dan Golden Head
Minimum penghantaran 30 pcs
semua harga dan kuantiti boleh bincang terus dengan saya melalu inbox Facebook.
tempahan di bawah paras minima boleh juga dibuat tapi kos penghantaran ditanggung oleh pembeli.

Untuk penghantaran luar negara selain daripada Brunei dan Thailand minima oder ialah 100 pcs.
harga yang lebih rendah boleh dipertimbangkan mengikut jumlah kuantiti.

pembayaran adalah tunai .Untuk customer yang dah biasa ambil bekalan dari saya cara pembayaran selain tunai boleh dipertimbangkan.
*harga sentiasa berubah mengikut harga pasaran semasa


Thursday, 29 August 2013

Sprinkler Kurangkan Kematian Benih Udang Galah




     
Sprinkler Kurangkan Kematian Benih Udang Galah    
     
PUSAT Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (PPPBUK) di Pulau Sayak, Kedah telah berjaya mencipta satu kaedah bagi mengurangkan kematian benih udang galah melalui penggunaan sprinkler dalam tangki pembenihan.

Inovasi yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencapai sasaran pengeluaran benih udang galah sebanyak 15,000 tan metrik tan pada 2010. Konsep inovasi ini ialah dengan memasang alat penyiram atau sprinkler di dalam tangki pembenihan di mana ia dapat meningkatkan peratus kemandirian benih udang galah semasa asuhan benih. Semburan oleh sprinkler akan mengelakkan benih udang dari melekat pada dinding tangki dan  seterusnya mengurangkan kematian benih. Teknik ini dapat meningkatkan pengeluaran benih udang galah dengan cara yang murah, mudah dipasang dan di selenggara serta mesra pengguna. Sistem ini juga boleh di aplikasi oleh golongan sasar dan mengurangkan kerugian akibat kematian benih.

Sebelum kaedah ini ditemui, larva pada peringkat X dan XI akan mula melompat di tepi dinding tangki ternakan dan seterusnya akan melekat dan mati.Sprinkler dapat mengurangkan kadar kematian larva pada kadar antara 20 peratus hingga 30 peratus. Secara keseluruhannya, kaedah ini memberi lebih keuntungan kepada pengusaha di samping dapat mengatasi masalah bekalan benih udang galah.

Dengan ini, sasaran pengeluaran udang galah sebanyak 15,000 tan metrik yang digariskan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga melalui pembangunan sektor akuakultur yang mampan dapat dicapai.


KERUGIAN YANG DIALAMI OLEH PENGUSAHA SEBELUM PENGGUNAAN SPRINKLER
Kerugian yang dialami oleh pengusaha sebelum penggunaan sprinkler

Bilangan rega : 400,000 ekor/tangki (satu pusingan pembenihan)
Kadar kematian : 80,000 - 120,000 rega x 0.06 sen/ekor
(20% - 30%) RM 4,800 - RM7,200/pusingan
RM 4,800 - RM7,200 x 5 pusingan/tahun
RM 24,000 - RM36,000 setahun

Jika ada 10 tangki/pusingan, kerugian ialah
: RM 24,000 - RM36,000/tahun x 10 tangki
: RM 240,000 - RM360,000 setahun
ANALISIS KOS

Set pam dan sprinkler : RM80/unit
Bilangan set/tangki : 5 unit
Kos/tangki : RM80/unit x 5 unit = RM400
Sebelum inovasi, kuantiti benih yang dihasilkan/pusingan (50% hidup) = 200,000/tangki (rekod tertinggi)

Nilai benih 200,000 x RM0.06 : RM12,000

Selepas inovasi, kuantiti benih yang dihasilkan/pusingan (70% hidup) = 280,000/tangki (data yang direkod)

Nilai benih 280,000 x RM0.06 : RM16,800

Peningkatan pendapatan = RM16,800 - RM12,000 = RM4,800

Jangka hayat set sprinkler 2 tahun (minimum)
Peningkatan pendapatan/pusingan/tangki = RM4,800
Peningkatan pendapatan/tahun/tangki = RM24,000
Jika 10 tangki digunakan = RM240,000
Modal set sprinkler/tangki = RM400
Jumlah kos pembelian sprinkler = RM400 x 10 tangki = RM4,000
% keuntungan pelaburan = RM240,000 x 100% = 6000% = RM4,000

Tuesday, 6 August 2013


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini...di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pengunjung yang beragama Islam....di hari yg mulia ingin saya memohon maaf atas salah dan silap andai ada terkasar bahasa dan keterlanjuran kata....
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Tuesday, 25 June 2013

Cara Memilih Arowana Malaysia Golden


Sedikit penerangan secara kasar saya kongsikan cara memilih arowana selain pure F...cari pactoral fin yg panjang,rim yg halus dan gold terang.Mata yg tidak jatuh,Dorsal fin kebang keatas tidak jatuh,Anal fin yg kembang kebawah tidak menguncup kebelakang dan tidak pendik,Caudal fin lebar,chu yg develop penuh..jgn cari chu penuh tapi tak develop (proses utk sisik chu shinning agak lambat dan lambat sekata)..cari base colour yg kurang double layer (tapak kuda),cari sisik yg agak membulat bukan bersegi,cari chu yg ada rim dan berbentuk bulat..bukan yg berpetak segi..lihat chu dlm tank hitam..bukan dlm fiber,cari yg jantan,walaupun sekali imbas tak jauh beza..bila diamati betul2 sebenarnya jantan lebih cantik dari segi bentuk badan dan warna dan aktif,cari gold tone colour yg kuat...pastikan tidak PLJ (Protuding Lower Jaw) klu memilih satu bach masa kecil dlm fiber,carilah 1 ekor yg terasing dan bersendirian..itu kemungkinan 'taiko'....ada banyak lagi ciri2 yg perlu sebelum memilih..tapi apa pun keadaan,itu hak individu dan pilihan hati masing2... Filter...sesuatu yg ringkas jgn di serabutkan...sesuatu yg mudah jgn di susah2kan....melainkan memelihara dlm jumlah yg banyak..penjagaan filter itu penting utk mejaga kesihatan ikan..


Monday, 24 June 2013

Mengenal Jantina Arowana

Mengenal jantina Arowana


Ikan Jantan

~ Lidah lebih pendek
~ Badan memanjang dan langsing
~ Kepala dan mulut yang besar dan dagunya lembut dan ada belahan
~ Warna yang lebih menyerlah dari ikan betina
~ Lebih agresif dalam persaingan mendapatkan makanan




Ikan Betina

~ Lidah lebih panjang
~ Badan lebih pendek dan lebar
~ Kepala dan mulut yang kecil
~ Warna kebiasannya pudar berbanding ikan jantan
~ Kurang agresif berbanding ikan jantan dalam persaingan mendapatkan makanan




PERLU DIINGAT!!!!

 Peratus ketepatan menentukan jantina ikan secara manual ialah pada panjang atau pendek lidahnya dan kebiasaannya para penghobi yang memelihara ikan dlm jumlah yang kecil akan memilih ikan jantan kerana ia kelihatan lebih cantik berbanding betina,tetapi ikan betina lebih berharga kerana lebih diperlukan utk pembiakan...
Kepentingan mengetahui jantina ikan ini amat penting kerana ikan betina lebih bernilai daripada ikan jantan. Ikan betina dapat menghasilkan anak yg sangat banyak jika pembiakan itu Berjaya. Selain itu, pengenalan jantina secara individu juga penting bagi mengekalkan nisbah jantan dan betina untuk menghasilkan bilangan anak ikan yang mencukupi dan berkualiti. Kaedah biasa berpandukan kepada bentuk badan adalah kurang tepat dan tidak boleh dipraktikkan pada peringkat juvenil. Oleh itu, satu kaedah baharu melalui kaedah Biosensor Hormon sedang diusahakan menentukan jantina ikan arowana. Pada peringkat awal, kajian darah daripada ikan arowana diambil dan dianalisi kandungan hormone pembiakkan (17B estradiol (E2) dan 11-ketestosteron (11KT) untuk melihat kadar kepekatan hormone. Jika kepekatan hormone 11KT lebih tinggi berbanding E2 maka ikan tersebut adalah jantan dan sebaliknya. Teknologi Biosensor pengesahan jantina ikan arowana dibangunkan daripada hasil kajian hormone dalam plama darah dengan kerjasama UKM. Tempat atau acuan Biosensor ini dicipta untuk mengesan antibodi  atau pun kandungan kimia dalam hormone pembiakan ikan arowana tersebut. Walaupun kit Biosensor berjaya dihasilkan tetapi ia masih menjalani proses percubaan. Kit ini secara tidak langsung dapat membantu pengusaha ikan Arowana Emas menjalankan program pembiakan dan pemasaran.



Friday, 7 June 2013

Penghantaran ke Brunei dan Sabah

Asslamualaikum dan selamat sejahtera.....penghantaran ke Sabah,Brunei dan Sarawak akan saya lakukan lagi dalam waktu terdekat (sebelum Hari Raya) jenis-jenis ikan yg akan dihantar ialah Malaysian Golden Blue Base,Gold Base,Cross Back,Golden Head Blue Base,Golden Head Gold Base,Tiger Fish IT,Kelah Merah dan sebarang pertanyaan atau no.tel sila hubungi saya melalui FB saya...tq









Sunday, 12 May 2013


UDANG galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosenbergii, berada dalam keluarga palaemonidae bersifat omnivora, cenderung aktif pada waktu malam.
Ia hidup di air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut.
Udang galah boleh diternak secara sejenis atau monokultur mahu pun polikultur dengan ikan atau secara ternakan bersepadu bersama itik, lembu dan haiwan lain.
Pengurusan ternakannya mudah dan jarang diserang penyakit serta jangka masa ternakan yang agak singkat.
Bagaimanapun kini, taburannya agak terbatas di kawasan perairan yang tidak tercemar dan di kolam-kolam ternakan.
Udang galah sesuai diternak kerana mempunyai permintaan yang baik di samping harga pasarannya yang agak tinggi.

Penyediaan kolam
Di Malaysia saiz biasa kolam udang adalah antara 0.25 ekar hingga 1.5 ekar dengan kedalaman sekitar satu hingga dua meter (m).
Kolam yang terlalu cetek menyebabkan rumput dan lumut tumbuh dan menyukarkan penjaringan, manakala kolam yang terlalu dalam akan menyukarkan pengurusan.

Pengeringan
Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit).
Pendedahan dasar kolam kepada udara dan cahaya matahari pula mempercepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam.
Jangka masa pengeringan antara satu dan dua minggu biasa dibuat, bagaimanapun ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.

Meracun
Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Racun organik seperti akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau.
Untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10 miligram setiap liter (mg/l) manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan.

Mengapur
Kolam dikapur dengan tujuan untuk menstabilkan pH, membunuh ikan liar, menggalakkan proses salin kulit udang, meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan kolam.
Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah kapur abu panas (quicklime - CaO) berkesan dengan cepat, jangkamasa keberkesanannya pendek.
Kapur batu putih (lime stone - Ca(CO3)), berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa keberkesanannya panjang.
Kapur abu sejuk (slake/hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang. Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar satu kilogram bagi setiap 10 meter (kg/10m).

Membaja
Kolam perlu dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air.
Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organik dan baja kimia.
Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organik yang biasa digunakan. Bagi baja kimia pula, triple super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m/minggu.

Pengairan
Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukan haiwan pemangsa.
Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.
Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu.
Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan.
Kadar aliran air yang sangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimanfaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.
Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan seperti kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air bagi membantu menambah kandungan oksigen terutama waktu malam.

Pemakanan
Makanan rumusan udang galah (pellet) sesuai kerana mengandungi protein yang tinggi (30 hingga 40 peratus), mengandungi zat-zat lain yang diperlukan dan stabil dalam air.
Bagaimanapun didapati udang masih memerlukan bekalan makanan semula jadi dari kolam. Pemberian makanan adalah dua atau tiga kali sehari.
Makanan awalan (starter) diberikan untuk bulan pertama hingga kedua, diikuti dengan makanan tumbesaran (grower) bagi bulan kedua hingga keempat dan dua bulan berikutnya dengan makanan Penamat (finisher) sehingga udang dipasarkan.

Hasilkan makanan sendiri
Makanan boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos. Bahan-bahan asas yang biasa diguna untuk membuat makanan adalah seperti tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan.
Makanan sampingan seperti kopra kelapa, jagung, daging ayam atau itik, perut ayam dan hampas kacang soya juga boleh diberikan.
Bagaimanapun mutu air kolam hendaklah sentiasa dalam kawalan agar tidak terlalu subur yang memungkinkan kematian udang ternakan.

Pungutan hasil
Kadar tumbesaran individu udang berbeza bergantung kepada jantina, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air dan kadar pelepasan.
Penjaringan boleh dimulakan pada bulan ke empat dan diulangi tiga hingga empat minggu sekali sehingga semua udang dikeluarkan dari kolam.
Kolam kemudian dikeringkan dan rawatan kolam dilakukan. Udang yang terlalu kecil dari beberapa kolam boleh di asing dan di pindah ke satu kolam lain untuk dibesarkan.

Penyakit dan kawalan
Penyakit merupakan faktor yang membatas penghasilan udang galah.
Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah bintik hitam (black spot) iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan 5.
Penyakit tersebut boleh dicegah melalui pengurusan air dan elakkan dari kecederaan fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan.

Rawatan
Rendam dalam 10 ppm asid oxolinic untuk selama sejam atau dua ppm nifurpirinol untuk 96 jam. Penyakit yang disebabkan oleh bakterial berasal dari air laut iaitu Vibro sp mempunyai simptom stres. Rawatan : Rendam dalam 11 - 13 ppm Furozolidone selama tiga hari.