Translate

Sunday 30 December 2012

Cites



PERMIT CITES

Permit CITES hanya dikeluarkan oleh Ibu pejabat Jabatan Perikanan Malaysia di Putrajaya. Antara permit CITES yang dikeluarkan adalah permit export CITES, permit import CITES dan permit re-eksport CITES. Berikut merupakan syarat – syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon permit CITES.

~Permit eksport CITES hanya diberikan kepada ladang pembiakbakaan (arowana) yang mendapat    kelulusan dan nombor pendaftaran ladang dari Sekretariat CITES di Geneva. 
~Ladang tersebut perlu berdaftar sebagai ladang pembiakbakaan spesies terjadual di bawah Akta 686. 
~Ladang tersebut perlu berdaftar dengan Bahagian Biosekuriti Perikanan sebagai ladang/pengeksport untuk membolehkan ladang tersebut memohon Permit Ikan Hidup dan Sijil kesihatan apabila menjalankan aktiviti pengeksportan kelak.
~Bagi pemohon Permit Import CITES, pengimport perlu berdaftar dengan Bahagian Biosekuriti ~Perikanansebagai pengimport dan juga berdaftar sebagai pengeksport sekiranya menjalankan aktiviti re-eksport. 

PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT EKSPORT

~Bagi permohonan permit eksport pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011 
~Borang Perakuan No PIT – FC 02/11pin 2012 bagi ikan yang telah ditanda atau FC02/11Apin 2012 bagi ikan tidak ditanda yang telah disahkan oleh kakitangan dari Pejabat Perikanan Daerah/Negeri yang menjalankan pemeriksaan serta satu salinan ‘softcopy’.
~Satu salinan inbois

PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT IMPORT

~Bagi permohonan permit Import pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011
~Satu salinan permit eksport CITES yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Negara pengeksport.
~Satu salinan inbois

PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT RE-EKSPORT

~Bagi permohonan permit re-eksport pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011
~Satu salinan permit import CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia semasa permohonan import masuk.
~Borang pengesahan re-eksport FC 05/11bagi permohonan re-eksport ikan arowana atau Borang pengesahan re-eksport FC 06/11bagi permohonan re-eksport batu karang dll.
~Satu salinan inbois
~Semua maklumat tersebut dihantar melalui email ke alamat berikut cites@dof.gov.my . Setelah semua borang lengkap pemohon akan menerima notis pemberitahuan bahawa permohonan yang diterima telah lengkap, begitu juga jika sebaliknya. Sekiranya semua maklumat lengkap permit akan siap diproses dalam masa dua (2) hari bekerja.

No comments:

Post a Comment